Akukah Yang Bersalah???

Akukah Yang Bersalah???

Sunday, February 20, 2011

Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5

Masya'ALLAh... Ana sendiri TERKEJUT bila FIRST TIME nampak SEORANG SELEBRITI ikut TURUN PADANG BERSAMA JAMAAH kita... Kehadirannya bersama PIMPINAN PAS KB dlm PROGRAM SEKAMPIT BERAS TAHUN LALU...
Kini, kita sendiri boleh lihat KESAN KITA BERADA BERSAMA JAMAAH!!!

TAKBIR!!!

Wednesday, January 12, 2011

Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita..

...Hanya ALLAH yg SEMPURNA...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh...
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
Di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang...
Tanpa takut dan bimbang...
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...
Jika sepasang kekasih sering memadu kekasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih tas ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata...
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula sedaya upaya menunaikan kemahuan Pencipta kita...
Jika sepasang kekasih saling menjaga hati,
Kita saling sentiasa menjaga akhlak dan pekerti bersama...
Saling nasihat menasihati agar makin berkualiti...
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya...
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya...
Dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...

Tuesday, September 28, 2010

Kisah Cinta

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Masya'Allah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?”

Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?”

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”

Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga tetapi menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”

Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir bahawa Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita. Tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.”

Dan...

Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian.

Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”

Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai, aku tidak sempurna...aku bukan maksum.”

“Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?”

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

“Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.

Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini keluh tidak mampu bersuara. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”

SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?”

Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu??

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...”

Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”

Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”

Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata yang sebenar.

Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..

Thursday, September 23, 2010

Akukah Yang Bersalah???


Assalamua’laikum wbt…
Alhamdulillah. Pertama dan selamanya,ana ingin panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ILAHI,kerna dengan limpah kurnia & takdirNYA ana diberi kekuatan untuk mencoretkan kata dalam blog ini.. Selawat dan salam buat junjungan kita,NABI MUHAMMAD SAW yang sentiasa di rindui..
Terima kasih tidak terhingga juga kepada para pembaca yang sudi MENGUNJUNGI BLOG INI.. Moga sebaris kata yang terungkap,mampu menyalurkan BENIH-BENIH ILMU untuk kita semua SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI..
Sebelum bibir berbicara,
Sebelum kata mengorak langkah,
Ana ingin bertanya,
Pernahkah anda JATUH CINTA???

Cinta...
Ya,cinta memang INDAH...Ia adalah anugerah ALLAH kepada hamba-hambaNYA.Ia merupakan fitrah manusia..Rugilah kita kalau tak merasakan CINTA..Namun,betulkah cara kita?? Betulkah TEMPAT kita MELETAKKAN CINTA??

Mungkin kita lebih terjerumus dengan PENTAS DUNIAWI...dengan NAFSU merajai diri...Hingga hanyut pada FANTASI..Kononnya "dari MATA turun ke HATI".. Sedangkan IMAN terletak di HATI..Hingga menggegarkan teratak kasih SUCI lagi ABADI..itulah CINTA PADAMU ILAHI...

Akukah yang bersalah??
Hingga mampu menghanyutkan HAMBA-HAMBA ALLAH yang BERJIHAD DI JALANNYA??
Pada dasarnya bergerak kerja demi ISLAM yang TERCINTA..
Entah mengapa, mereka JATUH HATI akhirnya...

Ana teringat kata-kata seorang naqib..
"Lemahnya lelaki kerana WANITA"...

Kata-kata itu membuatkan aku bermuhasabah..Padaku,DIRI INILAH YANG LEMAH...
Hingga menyebabkan "Mujahid-mujahid Cinta Ilahi" jatuh hati pada diri yang hakikatnya KURANG TARBIYAH...

Ya Allah...
Sesungguhnya cintaku kepadaMU pun belum sempurna...!
Aku sepatutnya rasa malu jika di CINTAI oleh HAMBA-HAMBAMU yang BUKAN MAHRAM bagiku..

Akukah yang bersalah???
Pada awal tahun ini,seorang..
Di bulan RAMADHAN lalu seorang..
Beberapa hari lalu,di tambah pula seorang..

Aku takut Ya Allah..
Aku benar-benar takut...
Aku tidak tahu mahu buat apalagi...
Diri ini seolah-olah mahu menjauhkan diri..
Namun aku sedar...
Aku sedar aku masih banyak PERJUANGAN yang belum langsai...!
Aku sedar aku masih amat diperlukan DALAM GERAK KERJA ISLAM...!

Hanya padaMU Ya Rabb,
Hanya padaMU aku mengadu..
Hanya padaMU aku memohon perlindungan..
Bukakanlah HATI kami HANYA UNTUKMU..
Kerna sesungguhnya,CINTA itu CIPTAANMU..

Duhai SAHABAT seperjuangan...
Apabila kita mencintai ALLAH,
Hakikatnya kita akan MMEMILIKI SEGALA-GALANYA...
Inilah CINTA yang tidak akan terpisah oleh RUANG,JARAK,MASA,HARTA, mahupun KEMATIAN...

Sabda Rasulallah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
"Jika Allah mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman, 'Sesungguhnya Aku mencintai si polan,maka cintailah dia,' Jibril pun mencintainya, kemudian menyeru di langit, 'Sesungguhnya Allah mencintai dia.' Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia."
(H.R Bukhari dan Muslim)

Tarbiyah diri ini masih LEMAH!!!
Hanya mohon DIPANJATKAN DOA...

P/S : Aku hanya insan yang LEMAH... Tidak layak buat sesiapa..!!!
Satu pintaku, Moga CINTA kita dilantunkan PADANYA yang UTAMA...
Maafkan daku...